Wednesday, January 10, 2007

New Year 2007 celebration in Sydney

Early firework at 9pm


Late Firework at 12.00pm

Sempena Cuti Krismas 2006 dan Tahun baru 2007, cuti lebih kurang 4-6 minggu. Mengambil kesempatan untuk meninjau sambutan tahun baru 2007 di Sydney Harbour yang dikatakan antara yang termeriah di dunia. Bermula Jam 5 petang lepas solat asar, dengan menaiki cityrail train dari Lidcombe stesen ke Circular Quey. Manusia telah memenuhi ruangan seawal pagi lagi. Tempat terbaik untuk menyaksikan sambutan iaitu sekitar Sydney Opera House, Botanical Garden dan Macquirie Chair telah ditutup kerana telah terlalu padat. Mendapat tempat di sekitar The Rock bersama dua lagi keluarga , iaitu satu dari Malaysia dan satu lagi rakan dari Jordan. Solat Maghrib ditengah jutaan manusia, alhamdulillah mereka menghormati hak individu. Pelbagai perangai manusia dilihat ada yang mabuk, bergaduh pun ada, street consert pun ada. Jam 9 Malam Tembakan bunga api pertama selama sekitar 15 minit untuk keluarga dan kanak-kanak (kerana kanak-kanak biasanya tidur awal). Satu lagi Pertunjukan bunga api yang lebih besar adalah pada 12malam di sekitar sydney harbour, harbour bridge, The Rock dan dari hampir semua bangunan sekeliling Sydney harbour telah memberikan suasana yang sangat cantik. Pulang menaiki train ke Lidcombe pada 1 pagi.

1 comment:

HANA said...

Assalamualaikum Dr di Sydney,

Terima kasih kerana 'Catatan Hidup' yang telah pun saya baca dan hayati pada hari ini harijadi saya (1101). Please pray for me d whole family & friends. May Allah bless us. Amin.........